JAWATAN KOSONG

View previous topic View next topic Go down

JAWATAN KOSONG

Post  ronan on Fri Mar 14, 2008 10:06 am

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
17, Jalan 16/2,
Petaling Jaya
46350, Selangor,
Malaysia

http://anwaribrahimblog.com/2008/03/11/peluang-kerja/

PELUANG PEKERJAAN

Jawatan-jawatan berikut kini terbuka untuk diisi di Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Individu yang berminat dan berkelayakan dijemput menghantar resume, surat penghadap (cover letter) dan sebarang surat syor (recommendation letter) ke kerjaya[at]adilmail.com. Untuk jawatan Ketua Penulis dan Penyelidik, sila sertakan contoh penulisan yang pendek.

1. Penyelaras Program
Gambaran kerja:
a. Menjadi hubungan utama untuk semua organisasi, institusi parti dan individu yang menganjurkan majlis
awam melibatkan DSAI.
b. Memastikan bahawa semua program diselaraskan dan dianjurkan dengan baik.

Keperluan:
a. Ijazah sarjana muda
b. Pengalaman 2-5 tahun sebagai pembantu peribadi, pengurus majlis, atau penyelaras program.
c. Minima: petah berbahasa Melayu dan Inggeris; kemahiran dalam bahasabahasa lain lebih baik lagi
d. Kemahiran menggunakan komputer dan Internet
e. Sikap yang profesional, ketrampilan yang mesra dan etika kerja yang penuh berdedikasi.
f. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang dan pada bila-bila waktu.

2. Pegawai Perhubungan Awam
Gambaran kerja:
a. Menjadi hubungan untuk semua maklumat awam berkaitan DSAI, terutamanya untuk akhbar dan media.
b. Mengatur dan menyelaras sidang akhbar dan wawancara media.
c. Menjawab semua pertanyaan awam mengenai DSAI.

Keperluan:
a. Ijazah sarjana muda
b. Pengalaman 2-5 tahun dalam media, perhubungan awam ataupun hal-hal akhbar.
c. Minima: petah berbahasa Melayu dan Inggeris; kemahiran dalam bahasa-bahasa lain adalah digalakkan.
d. Kemahiran menggunakan komputer dan Internet
e. Sikap yang profesional, ketrampilan yang menarik dan etika kerja yang penuh berdedikasi.
f. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang dan pada bila-bila waktu.

3. Ketua Penulis dan Penyelidik
Gambaran kerja:
a. Menyelia semua bahan tertulis yang dikeluarkan Pejabat DSAI, termasuklah penterjemahan.
b. Melakukan dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan.

Keperluan:
a. Ijazah sarjana muda (minima), Ijazah Sarjana.
b. Pengalaman 2-5 tahun dalam penulisan, penyuntingan dan penyelidikan.
c. Kefahaman mendalam tentang nuansa politik dan tadbirurus Malaysia
d. Minima: petah berbahasa Melayu dan Inggeris; kemahiran dalam bahasabahasa lain tambahan yang
penting.
e. Kemahiran menggunakan komputer dan Internet
f. Sikap yang profesional, ketrampilan yang mesra dan etika kerja yang penuh berdedikasi.
g. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang dan pada bila-bila waktu.

4. Pegawai Keselamatan
Gambaran kerja:
a. Menyelia semua aturan keselamatan untuk DSAI pada setiap masa.
b. Mengurus kakitangan keselamatan peribadi DSAI.

Keperluan:
a. Pengalaman mendalam 5-10 tahun sebagai eksekutif keselamatan.
b. Pengalaman dan kefahaman tentang isu-isu keselamatan yang khusus kepada keadaan Malaysia.
c. Sikap yang profesional, ketrampilan yang mesra dan etika kerja yang penuh berdedikasi.
d. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang dan pada bila-bila waktu.

5. Pembantu Khas
Gambaran kerja:
a. Membantu dalam semua perihal ad hoc yang mungkin timbul dalam Pejabat DSAI.
b. Melakukan kerja-kerja am, dan menyumbang tenaga kerja dan sokongan dalam sebarang senario yang
mungkin timbul.

Keperluan:
a. Sikap yang profesional, ketrampilan yang mesra dan etika kerja yang penuh berdedikasi.
b. Mempunyai kenderaan sendiri.
c. Mampu belajar dengan pantas dan menyesuaikan diri kepada situasi yang pantas berubah.
g. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang dan pada bila-bila waktu

_________________

ronan

Number of posts : 371
Age : 42
Location : JB
Registration date : 2008-01-09

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN KOSONG

Post  matnan on Thu May 08, 2008 12:07 pm

kawan2 kalau ada keje kosong area jb ni tolong gitau k..... Sad

matnan

Number of posts : 375
Age : 33
Location : Masai
Registration date : 2008-01-09

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN KOSONG

Post  ~MI~ on Thu May 08, 2008 12:18 pm

matnan wrote:kawan2 kalau ada keje kosong area jb ni tolong gitau k..... Sad

Untuk ko ke atau untuk salah sorang awek ko? scratch

~MI~

Number of posts : 205
Age : 35
Location : Permas Jaya
Registration date : 2008-01-11

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN KOSONG

Post  matnan on Thu May 08, 2008 12:29 pm

~MI~ wrote:
matnan wrote:kawan2 kalau ada keje kosong area jb ni tolong gitau k..... Sad

Untuk ko ke atau untuk salah sorang awek ko? scratch

ish3.... Mad untuk diri sendirik la..........

matnan

Number of posts : 375
Age : 33
Location : Masai
Registration date : 2008-01-09

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN KOSONG

Post  ecik on Fri May 09, 2008 11:47 am

matnan wrote:kawan2 kalau ada keje kosong area jb ni tolong gitau k..... Sad

Pasal pulak bro? Keje ko apa jadi? Mechanical Engineer kan ke bnyk peluang!

ecik

Number of posts : 190
Age : 59
Location : Gelang Patah, Johor ~ Kuantan, Pahang
Registration date : 2008-01-09

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN KOSONG

Post  matnan on Fri May 09, 2008 12:00 pm

ecik wrote:
matnan wrote:kawan2 kalau ada keje kosong area jb ni tolong gitau k..... Sad

Pasal pulak bro? Keje ko apa jadi? Mechanical Engineer kan ke bnyk peluang!

keje cenggini gak, cume sini banyak internal prob. so ingat nak cari yang lain dekat2 sini

matnan

Number of posts : 375
Age : 33
Location : Masai
Registration date : 2008-01-09

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN KOSONG

Post  ~MI~ on Fri May 09, 2008 12:12 pm

Ko tak cari kat luar negara ke..? kat dubai ke? Afrika ke?
Nanti boleh carik awek nego sampai negr0... Laughing

~MI~

Number of posts : 205
Age : 35
Location : Permas Jaya
Registration date : 2008-01-11

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN KOSONG

Post  matnan on Fri May 09, 2008 12:23 pm

~MI~ wrote:Ko tak cari kat luar negara ke..? kat dubai ke? Afrika ke?
Nanti boleh carik awek nego sampai negr0... Laughing

ada jawatan kosong kat jepun ke baguih jugak





awek jepun lawa2 seh.....

matnan

Number of posts : 375
Age : 33
Location : Masai
Registration date : 2008-01-09

View user profile

Back to top Go down

Re: JAWATAN KOSONG

Post  Sponsored content Today at 4:08 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum